Kehidupan Awal
Diana mempunyai latar belakang keluarga diraja dan bangsawan. Di sebelah ibunya Diana mempunyai darah orang Amerika. Moyang Diana merupakan seorang wanita dari keluarga berada dari Amerika, Frances Works. Di sebelah bapanya pula, Diana merupakan keturunan langsung Raja Charles II melalui 2 anak lelaki yang luar nikah dan menerusi Raja James II melalui seorang anak perempuannya yang luar nikah. Menurut penyusunan biografi Diana, Lady Colin Campbell, moyang kepada moyang Diana, Eliza Kewark (beberapa sumber mengeja nama Kewarks sebagai "Kevork atau Kevorkian") berasal dari Bombay, India dan kemungkinan keturunan orang India walaupun keluarga Diana sering mengatakan yang keluarga "Kevork/Kevorkian" adalah dari Armenia.
Setelah perceraian ibu bapanya, Diana telah dijaga oleh bapanya. Dengan kematian datuk di sebelah bapanya, Albert Spencer pada 1975, bapa Diana menjadi Earl Spencer ke-8 dan Diana diberi gelaran Lady Diana Spencer dan berpindah dari rumah kanak-kanaknya di Park House ke rumah keluarga besar mereka di Althorp. Setahun kemudian, bapanya berkahwin dengan Raine, Courtness Dartmouth, anak perempuan kepada novelis romantik, Barbara Cartland.Walaupun ibu dan bapanya telah bercerai, namun Diana masih mengunjugi ibunya. Takdir siapa yang tahu, Diana dan adik beradiknya tidak mendapat layanan yang baik kerana ayahnya mempunyai isteri baru tersebut.
Pendidikan
Diana menerima pendidikannya di Riddlesworth Hall di Norfolk dan di West Heath Girl's School, di Sevenoaks, Kent. Beliau dianggap sebagai seorang pelajar berprestasi rendah. Diana juga telah gagal dalam peperiksaan O-levelnya. Pada 1977, semasa berusia 16 tahun, Diana meninggalkan sekolah West Heath untuk menuntut di Institut Alpin Videmanette di Switzerland di mana institut itu merupakan sebuah sekolah yang menitikberatkan pendidikan budaya dan menyediakan pelajar-pelajarnya untuk aktiviti sosial. Di situ juga, Diana telah berkenalan dengan bakal suaminya yang pada masa itu sedang keluar dengan kakaknya, Lady Sarah. Walau Diana tidak cemerlang dalam pelajarannya, namum beliau begitu terserlah dalam bidang sukan dan juga merupakan seorang penyanyi amateur yang sangat baik.
Detik Perkenalan
Detik perkenalan Diana dengan Putera Charles, pewaris takhta Englan iaitu anak sulung kepada Ratu Elizabeth II adalah berikutan keluarganya rapat dengan keluarga Diraja Ratu Elizabeth II semenjak azali lagi. Dalam masa tersebut juga, Putera Charles sering menjadi tumpuan dan sering dikaitkan dengan gosip2 dengan ramai perempuan. Pada pertengahan umur 30-an, Putera Charles mengalami tekanan untuk harus berkahwin. Selain daripada calon haruslah mendapatkan 'approve' daripada keluarga dan penasihat, Putera Charles juga terpaksa berdepan tekanan dengan syarat2 lain seperti calon haruslah mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan bangsawan, melindungi sebaiknya perawan.
Pertunangan & Perkahwinan
Pada tanggal 24 Februari 1981, Istana Buckingham telah mengumumkan Diana telah bertunang dengan Putera Charles. Diana telah memilih cincin yang diperbuat daripada 14 berlian yang menyerupai cincin pertunangan ibunya. Cincin yang dipakai oleh Diana ketika pertunangan kini telah dipakai oleh menantunya juga iaitu Kate Middleton, Duchess of Cambridge.
Puteri Diana dan Putera Charles telah berkahwin pada hari Rabu, 29 Julai 1981 di St Paul's Cathedral London. Perkahwinan ini telah dihadiri oleh tetamu Diraja seramai 3500 orang termasuk Camilla dan suaminya. Perkahwinan antara Puteri Diana dan Putera Charles ini telah disiarkan secara langsung di televisyen.
Setelah berkahwin, Diana diisytiharkan sebagai yang mulia PUTERI WALES dan menduduki ranking ke-3 dalam keluarga Diraja di United Kingdom selepas ratu dan ibu ratu. Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Putera William dan Putera Henry. Putera William telah dilahirkan pada 21 Jun 1982 manakala Putera Henry pula dilahirkan pada 15 September 1984.
Kerja Amal
Puteri Diana menjadi perhatian dan terkenal kerana sokongan dan penglibatannya dalam kerja amal semenjak beliau menjadi Puteri Wales sehingga akhir hayatnya. Diana juga menjadi pengaruh besar kepada kempen menghalang penggunaan periuk api dan membantu mangsa AIDS. Pada April 1987, Puteri Diana adalah orang pertama yang dianggap berprofil tinggi sengaja memegang mangsa penyakit HIV. Beliau menunjukkan pada dunia bahawa mangsa HIV tidak sepatutnya dipulaukan dan diketepikan. Perlakuan beliau berjaya mendapat penerimaan dari seluruh dunia dan menukarkan perspeksi masyarakat kepada mangsa HIV. Puteri Diana juga sering membuat lawatan ke hospital untuk melawat dan tanda sokongan beliau kepada mangsa dan ia juga dirahsiakan kepada pihak media.
Kerja amal Puteri Diana yang menarik perhatian seluruh dunia adalah apabila pada Januari 1997, beliau berkunjung ke Angola sebagai sukarelawan Palang Merah Antarabangsa (VIP). Beliau ke sana melawat mangsa korban periuk api, dan membuat kelas tentang bahayanya periuk api dari rumah ke rumah. Tidak dilupa juga, Diana pernah ke kawasan periuk api yang telah dihapuskan dan dengan beraninya melalui kawasan tersebut dengan memakai helmet dan jaket anti peluru dan gambar serta videonya dilihat di seluruh dunia. Beliau juga membuat kempen besar-besaran untu menghalang periuk api secara global oleh kerana ramai mangsa lebih-lebih lagi kanak-kanak terkorban berpunca daripada periuk api. Kempen ini disokong oleh masyarakat sehingga ada usaha untuk membuat perjanjian menghalang penggunaan periuk api ini, namun tidak berjaya.
Perceraian
Setelah beberapa tahun hidup bersama, benih-benih keretakan mulai muncul dalam perkahwinan Puteri Diana & Putera Charles. Hal ini disebabkan oleh Putera Charles dengan beralihnya cinta Putera Charles kepada kekasih lamanya, Camilla Parker Bowles. Skandal Putera Charles dengan Camilla mulai dihidu oleh media pada 1986 yang membuatkan perpisahan dengan Puteri Diana pada tahun 1992 sebelum bercerai secara rasminya pada 1996. Semua yang berlaku ini menyumbangkan simpati rakyat kepada Diana dan sekaligus melabelkan Camilla sebagai pemusnah rumah tangga keluarga yang paling ideal itu.
Kematian
Pada 31 Ogos 1997, Diana meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu laju di jalan terowong Pont de l'Alma di Paris bersama-sama dengan Dodi Al-Fayed dan pemandu Henri Paul. Kereta Mercedes-Benz W140 (688 LTV75) dipandu oleh pemandu keselamatan Hotel Ritz Paris, Henri paul dipandu laju bagi mengelak jurugambar paparazzi. Analisi darah menunjukkan Henri Paul telah minum alkohol 3 kali lebih dan mengurangkan kestabilan semasa memandu. Tetapi teori konspirasi menyatakan sampel darah itu kepunyaan orang lain kerana biasanya pemandu keselamatan dan profesional tidak minum pada malam Diana berada. Henri Paul berjaya melintasi 13 tiang terowong tetapi gagal mengawal kereta selepas itu. Soalnya mengapa di dalam terowong. Terowong dua hala itu dibina tanpa halangan logam. Semua yang berada di dalam kereta tidak memakai tali pinggang keledar. Namun, yang anehnya pengawal peribadi Fayed yang bernama Trevor Rees-Jones terselamat. Dodi Al-Fayed dan Diana duduk di tempat belakang. Pendarahan dalam berlaku dan mereka mati di tempat kejadian jam 4 pagi. Pengkebumian diadakan pada 6 September 1997 dan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, ditonton lebih 1.5 bilion penonton di seluruh dunia.
DIANA KETIKA KECIL
PUTERA CHARLES & PUTERI DIANA, PRINCE OF WALES & PRINCESS OF WALES
PUTERI DIANA KETIKA BERJALAN MASUK DALAM GEREJA DAN DIIRINGI OLEH BAPANYA DAN DISAKSIKAN OLEH PARA TETAMU
SELEPAS DISAHKAN SEBAGAI PASANGAN SUAMI ISTERI, MELANGKAH KELUAR DARI GEREJA ST. PAUL'S CATHEDRAL LONDON
MENAIKI KERETA KUDA MENUJU KE ISTANA BUCKINGHAM
PAKAIAN PENGANTIN DIREKA OLEH EMANUEL. DIBUAT DARI KAIN SUTERA "TAFFETA" SEBANYAK 40 METER DAN 5 SALINAN TAMBAHAN SEBAGAI BACKUP. GAUN DIHIASI DENGAN BERLIAN KECIL.
BERSAMA ADIK & SEPUPU PUTERA CHARLES
PASANGAN DIRAJA IDEAL MELAMBAI KE ARAH RAKYAT JELATA
SERAMAI 250 000 PEMINAT MENYAKSIKAN CIUMAN PERTAMA PASANGAN DIRAJA DIKHALAYAK RAMAI DI BALKONI ISTANA SELEPAS BERGELAR SUAMI ISTERI
BERSAMA SUAMI DAN ANAK-ANAK (PUTERA WILLIAM & PUTERA HENRY)
IBU PENYAYANG :)
KELUARGA DIRAJA (IDEAL)
KECANTIKAN PUTERI DIANA...
Puteri Diana idolaku...
ReplyDelete