Thursday, July 14, 2011

Tips Senaman Yang Baik

Kalau orang yang rajin bersenam, boleh la ikut petua2 di bawah nie yer... Nie pon, aku tgk orang lain punyer gakk... Ade la ikut ckit2..hehehe

1. KESESUAIAN SENAMAN

Waktu terbaik untuk senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap
individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testoren.

2. BERSENAM DI GIM

Bersenam di gimnasium memang alternatif terbaik, tetapi perlu ada jurulatih untuk mengajar menggunakan peralatan dengan betul.

3. BERSENAM DI PUSAT REKREASI

Mengamalkan senaman di luar juga adalah baik kerana lebih mudah dan lebih murah.

4. YOGA, TAI CHI DAN CHI GONG

Senaman lembut seperti yoga dan tai chi dan chi gong sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman.

5. KERAPKAN SENAMAN

Senaman juga akan meningkatkan kemahiran atau keupayaan dalaman
terutama dari segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindakbalas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik.

6. PELAJARI SENAMAN YANG BETUL UNTUK ELAK KECEDERAAN

Untuk mendapatkan kekuatan, daya ketahanan dan keanjalan otot, pelajari teknik senaman betul supaya tidak berlaku kecederaan.

7. TEMPOH BERSENAM

Individu perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit tiga kali seminggu, terutama mereka yang mempunyai paras lemak tinggi iaitu melebihi 25 peratus (lelaki) dan 35 peratus bagi wanita.

8. HENTIKAN SENAMAN JIKA MENGALAMI KECEDERAAN

Untuk keselamatan, aktiviti bersenam perlu dihentikan serta merta jika anda berasa sesak nafas, mengalami kaki kejang, terlalu letih, pening atau cuaca atau persekitaran tidak mengizinkan.

Lunch with My Boss :)

5 Januari 2011 (Rabu)

Ri nie bos belanja sey...sbb ri 2 mase anak dier mik keputusan PMR, dapat 8A... Time 2 kak loha kol en.jai tanye.. Terus time 2 en.jai ckp nk belanja sempena anak dier dapat result yang cemerlang... So, start saat bos ckp 2 la kitaorg sume tertunggu tiba dan waktunyer..hehehe...

Tepat jam 12.30 tengahari aku bersama Hafiz, Kak Loha, Kak Yana n Kak Ila menaiki kereta (yela x kn nk nek motor lak kan) menuju ke destinasi yang telah dipilih oleh kami iaitu Restoran Saujana.. Kami yang pilih la nie...hahaha... 

Sebaik je sampai kt sane, terus order makanan...ikut suka kitaorg la..hahaha..tp kitaorg still ingat n order menu kesukaan bos (cm nk bodek la katekan).. menu kesukaan bos, asam pedas n sayur taugeh..so, kami order la..hihihi...

Bos sampai lambat lak 2 td... hampir 1.45 baru dier sampai kt saujana.. tp sebelum 2, boss da tepon dulu suh makan dulu bile makanan da sampai.. makanan first sampai Ketam Black Paper..pe lagik akak2 n hafiz, bedal la..hehehe...cuma aku je x mkn ketam (x reti) :P

Bile bos sampai, aku dengan cermatnyer makan dengan penuh sopan (poyo la plak minah nie)..hehehe... Sepanjang lunch td, mcm2 cite kuar sampai gosip kenen2 kan aku ngan Wan (Qashe) pon kuar skali..haih.. kelakar pon ade..golak je kitaorg td... :)

Anyway, kami semua (SiLC) ingin mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas boss yang sudi belanja kitaorg makan kt Saujana.. Semoga bos dapat belanja lagik lain kali n dimurahkan rezeki selalu hendaknya..amin...

Nie menu yang kami order n makan td.. (tp x sempat la tangkap gambar)..hehehe.. Tp aku letak gambar hiasan je la ek..huhuhu
Nasi putih (7 orang makan)

Udang Goreng Nestum

Kailan Ikan Masin
 
Taugeh Goreng

Siakap Asam Pedas

Sotong Sambal

Ketam Black Pepper

Fresh Orange

Kenangan Terindah Bersamamu...Ina...

9 Mac 2010 (Selasa)....

Tarikh inilah tarikh yang paling menyedihkan buat aku sebab MY BESTFREN telah pergi meningggal kan aku buat selamanya...

Aku terima berita tue lewat petang dalam jam sekitar pukul 4.50petang...kawan aku yang tepon bgtaw perkara nie..mula2 dier msj, tanye aku ade x dengar berita pape pasal Ina(kawan aku)..Aku ckp la x de..n aku tanye lagik nape...lame dier diam..pas 2 terus dier kol aku bgtaw yg kawan aku (ina) accident, n da x de lagik.. 


Mase 2 aku x taw nk percaya atau x berita 2...Antara sedar atau x, aku tergamam n tibe2 aku termarah Chard(kawan yg bgtaw).. Aku ckp ngan chard, jangan la main2 sbb sebelum nie chard x penah serius...so, bile terjadinyer perkara nie, aku seakan-akan x percaya... Bile dier ckp perkara nie betul2, mmg mase 2 aku rase gelabah giler n rase cm nk meraung pon ade... mmg sedih n x percaya la...

Pas 2 selang beberapa minit kawan aku lagik sorg (ferd), msj bgtaw kejadian yg sebenarnya...mase 2 baru la aku percaya.. aku terus pegi surau sbb aku da x taw nk mohon supaya dikuatkan semangat pada sape..walaupun aku nampak kuat, tp dalam hati nie Tuhan je yg taw betapa aku sebenarnya x kuat bile berdepan dengan perkara2 mcm nie... 

Lepas sume kawan2 aku dapat msj dr ferd 2, dorg sume terus msj aku tanye aku ok ke x...yela, aku kan rapat dengan arwah...so, dorg bg aku kate2 semangat. aku berterima kasih sgt2 pada sume kawan2 yg bg semangat kt aku... petang 2 jugak aku terus msj ayah aku bgtaw yg Ina da x de..n aku terus bgtaw yg aku nk pegi KL jugak petang 2... pas ayah aku bg pegi KL petang 2, aku terus minta cuti pada bos aku..seb bek bos aku bg cuti..kalau x, susah laa...aku nk jumpe kawan aku buat kali terakhir...

Aku naik bas petang 2 dalam pukul 7 lebih..dalam hati nie, aku berdoa supaya perjalanan ku dipermudahkan oleh-Nya...Aku tiba di KL jam 12.00mlm. malam 2 aku tido kt umah amoy..seb bek amoy nk pegi skali...kalau x, susah aku nk bergerak ke rumah arwah...

10 Mac 2010 (Rabu)....

Pagi 2 aku bangun awal..amoy bgtaw aku kena kuar awal sbb time org nk pegi office kan..so, takut jem plak...lgpon nk kena amik Gadis, Ferd n Chard sbb dorg sume naik keta amoy skali.. Bile sume org da diangkut, kami meneruskan perjalanan ke rumah arwah Ina... Mase dalam keta 2, kitaorg x sedih pon, gelak2 ade la..tp saat yg ditunggu telah tiba..kami sampai rumah arwah tepat jam 10.30 pagi...

Masuk je ke perkarangan rumah arwah, aku nampak ramai yg da de... Jenazah arwah ditempatkan kt surau dalam berek polis 2..aku terus menuju ke ctu...masuk je dalam 2, aku terus pegi kt tempat c'ma, nas, fy n zana(gf gg)..mase melangkah masuk je dalam surau 2, aku da mula sebak...bile aku peluk je c'ma, airmata aku mula mengalir..x tahan sgt bile c'ma ckp sabar n semua org menyabarkan aku...

Aku tanye dorg, mane jenazah, dorg ckp tgh mandikan...pas dalam beberapa minit, aku tgk adik arwah (miza) kuar dr tempat mandikan mayat... kemudian, jenazah arwah plak dibawa keluar... Bile jenazah diletakkan di bawah untuk proses kapan, aku nampak arwah betul2 mcm tgh tidur... rase sebak menyelubungi diri ni... bile jenazah da siap di kapan, tibe mase untuk di sembahyang kan... sebelum aku kuar dr surau, terus aku jumpa mak dia n peluk arwah...bile kt luar, adik arwah terus dtg kt tempat aku n peluk aku sambil nangis..mase 2, aku x ley tahan lagik...terus menangis sambil peluk miza..

selesai saja solat jenazah, jenazah di bawa ke tanah perkuburan di dalam UPM.. di situlah jenazah akan disemadikan buat selamanya... sebaik arwah di semadikan, airmata aku terus mengalir... Aku x kn dapat jumpe lagik kawan sekepala ngan aku... sebelum minta diri balik ke johor, aku berjumpa dengan mak arwah dulu... mak arwah siap pesan suh tido umah... aku ckp ngan mak arwah, ade mase nanti aku akan datang lagik... 

Ina...Kau pergi dengan begitu cepat sekali....
Kepergian kau, x ku menduga...
Kenapa kau pergi begitu cepat dan meninggalkan kami semua di sini...
Ina..Semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yang Beriman....
Al-Fatihah....

Foto-foto Kenangan Bersama Arwah....

Kenangan Pertama Bergambar Bersama Di Kolej
 Gambar ketika keluar ke Dataran Pahlawan
 Di Subaidah MiTC
 DI depan rumah sewa (melaka) sebelum ke karaoke
 at MC D Ayer Keroh, Melaka
 At Toilet KL
 Kt pantai mane tah..hehehe I like this Pict!
 Sahabat Baik Selamanya....
Ina...Kau Tetap Dalam Ingatanku....
 

Izinkan Abang Nikah Lagi Satu...Boleh??

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit.. tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
01. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...
02. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...
03. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Pertemuan Semula Kawan2 Lame

Nie pertemuan semula selepas masing2 membawa haluan masing2 sebaik sahaja tamat Darjah 6.. Tarikh 14 September 2010 (Selasa) akan menjadi tarikh yang paling diingati antara kami semua... Antara aku, Yan, Bed n Ros.. Best giler dapat jumpe dorg sume.. Rindu kt dorg... Nie foto2 aku bersama mereka yang sempoi, giler2 n best!

 Masing2 da x nk masuk dalam gambar..cm nie la jadik nyer.. :)

 Ros & Yan

 Ros & Aku (Si Gemuk)haha

Aku, Ros & Yan ( x cukup sorg nie)mana la dak sorg lagik..haih

Kami b'4!

 Tgk pe la tuh khusyuk akak!

 Aku dan Bed!

Nantikan kemunculan kami lagik... :)

Tuesday, July 12, 2011

Pagi Yang Terang Kini Sudah Gelap

Title nie akan2 tajuk lagu kumpulan Hujan kan... Familiar kan lagu 2.. Yela, mane tak nyer sume orang suka kan lagu 2 termasuk la aku.. Hehehe.. Pada mulanyer aku cm x suka sgt lagu 2, tp lame kelamaan jadi suka..hihihi.. Hurm..sebenarnyer aku bukan nk cite pasal lagu nie.. Aku nie cite pasal sumting yg aku rase dulu ok, skang da x berapa nk ok...

Mesti korg tertanya2 pe yg ok, pe yg x ok kan..huhuhu.. Ok la.. Cm nie cite nyer, aku skang cuma rase x berapa puas ati dengan seorang makhluk dan hamba Allah nie.. Yela, mane x nyer sejak akhir2 nie ade je benda yg dier buat, dier ckp x memuaskan ati aku dan org2 kt opis aku 2.. Geram..

Tp kan, sejak aku cm x pedulikan dier n ckp biase2 je ngan dier, dier da jadi ok ckit kot..hehehe.. Biase la manusia nie kadang2 cepat berubah perangai n sifat masing2 yer x.. Aku? aku ok je kot..heheh... Dulu mase mula2 jadi cm nie, mmg pagi yang terang telah menjadi gelap..hahaha.. Now, da cerah2 ckit.. LOL..hahaha..

Ok la..nanti post aku lagik nanti yer :)

Luv u all :)

Thursday, July 7, 2011

Game Mencabar Minda

Game nie pada aku mencabar minda nie... Game nie dalam format Excell.. Diberi oleh Cik Puan Siti Norliana.. Hehehe.. Best game nie cuma bape kali baru aku dapat lepas... Minda mainkan peranan game nie..huhuhu


Nie la game yg aku ckp2 kan..hihihihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...