Thursday, May 5, 2011

Akademi Fantasia 9

Ini merupakan Akademi Fantasia yang terakhir... Tp aku x taw kenapa kebanyakan peserta/pelajar yang dapat masuk AF9 nie ade yg suara nyer x ok.. (yg x ok da terkeluar la)... Sape2 yg da terkeluar 2, hopefully u all dapat kembangkan lagik bakat korg di luar sane yer..

Bile AF9 kali nie kenalkan Ops Gugur n bawa masuk pelajar yg mmg berbakat, terus aku rase sentiasa nk tgk AF9... Dari Diari terus ke konsert.. kalau dulu mase awal, mmg x de hati la nk tgk.. tp bile ade pelajar baru yg masuk, terus aku ade mood nk tgk balik AF. hehehe... Aura pelajar baru nie betul2 kuat :)...

Pada aku, pemilihan Fina & Hazama sebagai pelajar yang dibawa masuk sangatlah bertepatan kerana mereka nie sangat berbakat... Fina telah mengambil alih tempat kakak nyer yg mane telah digugurkan dr akademi iaitu Aida. Namun, walaupun Aida da gugur, namun Fina tetap dengan trademark kakaknyer "Sassu"  manakala Hazama lak dengan trademarknyer "Kaw Tim"...

Hazama n Fina mmg berbakat... Pada konsert ke 3 lalu, pas je diumumkan Hazama dapat masuk, aku x paham dengan org2 yg mengatakan Hazama nie x layak la, macam2 lagik la... Haih..sebelum Hazama di bawa masuk akademi, cbuk2 suh Hazama masuk.. Nie bile Hazama da dapat masuk, lain plak caranyer dorg menilai Hazama. Aku pon x paham dengan perangai org2 nie...huhuhuhu.. Tp pada aku, hazama mmg best! Suara dier mmg power beb!

Bile aku tgk diari, aku dapat tgk Hazama nie mmg seorang kawan yang sempoi... Erul, Azri n yg lain sume ckp cm 2.. Aku asyik tergelak je bile tgk gelagat Hazama dalam Diari AF setiap hari..hehehe... Gelagatnyer mampu membuatkan semua org ketawa...hohohoho... Tp lain plak dengan Lena..mula2 aku suka dier, tp bile aku tgk diari (mase raqib n azri tgh ckp2 ngan Lena), aku x taw nape aku terus terasa x suka ngan dier... Hurm..tah la... Dulu aku suka, tp bile Raqib bgtaw perangai dier yang sebenarnyer, aku terus rase "dier nie kenapa"...terus jadi x suka...huhuhu... Tp pape pon, aku berharap konsert2 yang seterusnya akan lebih baik...dan lebih baik...dan lebih lebih lebih baik... :)

Mari kita lihat senarai Pelajar AF9 kali nie (termasuk yang da tersingkir n digugurkan)



Nama penuh: ZULAIKA BINTI ZAHARI
Nama Timangan: Laika
Umur: 22 Tahun
Tarikh lahir: 26 Februari 1989
Tempat lahir: Hospital Kuala Lumpur
Berat/tinggi: 60 kg/168 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Berniaga pasar malam
Hobi: Main badminton, mendengar lagu

Nama penuh: NUR ATIQAH BINTI SHARIFFUDIN
Nama Timangan: Eka
Umur: 21 Tahun
Tarikh lahir: 31 Oktober 1989
Tempat lahir: Kuching, Sarawak
Berat/tinggi: 53 kg/168 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Penari Sambilan
Hobi: Menari, menyanyi, lepak dengan kawan-kawan

Nama penuh: ROSHAMMIZAH BINTI ROSLI
Nama Timangan: Shamiz
Umur: 27 Tahun
Tarikh lahir: 15 September 1983
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Berat/tinggi: 70 kg/156 cm
Pendidikan: Ijazah (Bahasa Inggeris)
Pekerjaan: Freelance
Hobi: Menyanyi, main alat muzik, menulis, mengubah lagu

 Nama penuh: NUR SUHADA BINTI JEBAT
Nama Timangan: Ayda
Umur: 18 Tahun
Tarikh lahir: 17 Mac 1992
Tempat lahir: Melaka
Berat/tinggi: 40 kg/158 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Pelajar UiTM Shah Alam
Hobi: Main bowling, menari, bersiar-siar bersama adik beradik




Nama penuh: FAHRUR RAQIB BIN. ABDUL MAJID
Nama Timangan: Rakib
Umur: 20 Tahun
Tarikh lahir: 17 Jun 1990
Tempat lahir: Melaka
Berat/tinggi: 64 kg/169 cm
Pendidikan: Diploma
Pekerjaan: Pelajar (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan)
Hobi: Main gitar & futsal

Nama penuh: AHMAD AFIF BIN TIRMIZIE
Nama Timangan: Afif
Umur: 24 Tahun
Tarikh lahir: 29 Oktober 1986
Tempat lahir: Pekan, Pahang
Berat/tinggi: 58 kg/163 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Jurucakap AC Konsortium Sdn. Bhd
Hobi: Melayari Internet, melancong, futsal, bersukan



Nama penuh: MOHAMAD AZRI B. ABDULLAH
Nama Timangan: Azri
Umur: 23 Tahun
Tarikh lahir: 13 April 1987
Tempat lahir: Klang
Berat/tinggi: 68 kg/170 cm
Pendidikan: Diploma in Theatre (ASWARA)
Pekerjaan: Pemuzik
Hobi: Main badminton

 
Nama penuh: LENABER BINTI HAIDIR
Nama Timangan: Lena
Umur: 20 Tahun
Tarikh lahir: 16 Julai 1990
Tempat lahir: Hospital Queen Elizabeth, Sabah
Berat/tinggi: 48 kg/164 cm
Pendidikan: PMR
Pekerjaan: Berniaga pasar malam
Hobi: Mengemas rumah, menyanyi, suka makan buah-buahan

 Nama penuh: NUR KHAIDIR B. MUHD
Nama Timangan: K
Umur: 22 Tahun
Tarikh lahir: 22 Ogos 1988
Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur
Berat/tinggi: 62 kg/165 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Trading di Internet
Hobi: Karaoke, melepak, menari, berkawan & dengar muzik


 
Nama penuh: QUEENNERA FRANCINE FRANCIS KITINGON
Nama Timangan: Nera
Umur: 19 Tahun
Tarikh lahir: 7 Januari 1992
Tempat lahir: SMC Hospital Likas, Sabah
Berat/tinggi: 46 kg/160 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Pelajar
Hobi: Menyanyi & membaca

Nie la Hazama n Fina :)

All the best to all.. Buat yang sehabis baik supaya pengkritik n penyokong2 anda menyukai persembahan anda :)

No comments:

Post a Comment

Thanks sbb sudi komen entry saya (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...