Friday, November 4, 2011

Anugerah Skrin 2011

 Malam nie marilah sama2 kita saksikan rancangan Anugerah Skrin 2011 yang akan bersiaran secara langsung di TV3.. Karpet Merah akan dihoskan oleh Adzriefaiz Adzlan dan Nabila Huda serta ditemani dengan Juara Hos Bintang Pantene. Acara karpet merah ini akan bermula seawal jam 7.30 malam. Kali ini, kehangatan malam anugerah yang mengiktiraf penggiat2 seni di tanah air ini akan bertemakan 'Golden Glamour'. Manakala acara siaran secara langsung ini akan dihoskan oleh Ally Iskandar dan buat pertama kalinya Ally akan digandingkan dengan pelakon cantik, Rozita Che Wan

Malam anugerah penuh glamour ni akan mempertaruhkan dan mempertandingkan sebanyak 23 kategori meliputi 10 kategori drama, 7 kategori filem dan 6 kategori penerbitan dalaman serta 2 anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene. Hurm..yang aku dengar katenya malam nie persembahan daripada artis2 pon hebat2 gak... so, ape kate marilah ramai2 kita tgk anugerah berprestij nie kt tv3 malam nie... Next entry aku akan update senarai nama pemenang nyer yer....

C U...

Lovely

misz_pja

No comments:

Post a Comment

Thanks sbb sudi komen entry saya (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...