Monday, December 5, 2011

Filem Ombak Rindu

1Disember 2011 bermula lah tayangan filem Ombak Rindu yang diadaptasi kan dari Novel "Ombak Rindu".. Ombak Rindu nie hasil karya Fauziah Ashari... Cite nie ada suka, ada duka dan mcm2 perasaan bila anda bace novel nie... Tp x taw la hasil nyer bile difilemkan macam mane kan... Berdasarkan the making, cm best je cite nie.... Pe lagik, jom la kita tgk beramai2 di pawagam.... :)



Nie novel nyer.... 

Jom kita tgk la poster filem nie cm ne... 

haaa...yang poster filem nie....

Skang nie kita tgk la sape pengarah, pelakon and segala details mengenai filem nie......

Pengarah                : Osman Ali
Lakon Layar          : Osman Ali
Syarikat Penerbit  : Astro Shaw Sdn Bhd
Bahasa                   : Bahasa Melayu
Kategori                 : Filem Cereka
Genre                     : Drama, Romantik
Tarikh Tayangan   : 1 Disember 2011
Format                    : 35mm

Pelakon                  Aaron Aziz (Hariz - Pelakon Utama)
                                  Maya Karin (Izzah - Pelakon Utama)
                                  Lisa Surihani (Maya - Pelakon Utama)
                                  Bront Palarae (Ismail - Pelakon Utama)
                                  Azizah Mahzan (Pelakon Pembantu)
                                  Zaidi Omar (Pelakon Pembantu)
                                  Normah Damanhuri (Pelakon Pembantu)

Krew                       : Affandi Jamaludin (Penyunting)
                                  Akek (Pengarah Seni)

Penerbit                  : Sharad Sharan


Sinopsis


Filem ini diadaptasi daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di KL untuk dijadikan pelacur dan menjelaskan hutang2. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan Sufiah Cemerlang telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila Amylia, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma di hospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari rumah dan merampas telefon bimbit Izzah.

Datuk Sufiah telah membuat cerita dengan mengatakan kepada hariz bahawa izzah mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dan menunjukkan bukti kepada hariz melalui gambar yang diambil oleh pembantu upahannya. hariz yang amat marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampung nya. Pak Dollah yang amat marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu hariz bahawa izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan izzah telah pergi ke kampung izzah untuk memujuk supaya kembali ke pangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani kehidupan yang bahagia tanpa rahsia lagi.


Jom kita layan trailer cite nie.... next entry akan di update komen tentang filem nie... Layaaannnn....


Lovely

misz_pja

No comments:

Post a Comment

Thanks sbb sudi komen entry saya (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...